Sunday, September 15, 2013

Cuti Sekolah dan Berkhatan


Musim cuti sekolah akan bermula, maka bermulalah juga musim berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Islam di Malaysia. Telah menjadi satu budaya masyarakat di Malaysia untuk mengkhatankan anak lelaki semasa musim cuti sekolah. Kesedaran tentang berkhatan juga telah berkembang dikalangan bukan Islam yang melakukan khatan secara sukarela kerana faedah-faedah kesihatan yang banyak!

Tujuan utama sunat atau serta penyebab berkhatan adalah membersihkan alat vital lelaki dari berbagai kekotoran penyakit yang mungkin melekat di hujung zakar atau zakar yang masih ada kulupnya. maka Tok mudim moden memperkenalkan sunat cara mengunakan.
Klamp.
Adalah cara biasa di dunia circumcision. Alatnya hanya terdiri daripada dua komponen, diperbuat daripada bahan ringan dan kuat. sangat mudah digunakan, tidak menimbulkan pendarahan dan tidak perlu dijahit.
Flashcutter
Metode ini merupakan cara terbaru di dunia circumcision. Peralihan teknologi secara tidak langsung dari metode electrocautery di mana perbezaan alat ini menggunakan sebilah logam yang sangat halus dan direngangkan sehingga kelihatan seperti benang. Logam tersebut kemudian dipanaskan sedikti menggunakan bateri. Hal ini betujuan, untuk membunuh bakteria yang berkemungkinan masih ada di samping untuk memudahkan lagi pemotongan. Oleh kerana alat ini menggunakan bateri, alat ini lebih mudah untuk dibawa. Tok mudim yang memiliki alat ini boleh melakukan proses berkhatan di rumah pasien sehingga selesai. 

Translate?